Friday, September 4, 2009

PRK Dun Bagan Pinang

Pertama sekali apa yg cahaya nak ucapkan adalah takziah kepada keluarga Allahyarham YB Azman Mohd Noor kerana perginya beliau atas panggilan Ilahi kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Al-Fatihah..

Nampaknya SPR sekali lagi akan diuji,dan juga jentera BN kita...Belum pun sempat Allahyarham dikebumikan dah macam-macam orang cakap pasal kekurangan BN di Bagan Pinang.Dengan majoriti pengundi Melayu lebih 50% dan pengundi India hampir 20% isu-isu nasional seperti Kg Buah Pala dan perpindahan kuil hindu akan menjadi isu tempatan...

Selain itu, kerajaan negeri khususnya UMNO perlulah dilihat sebagai parti yang kukuh dan bersatu dengan cara kita tunjukkan bahawa walau kita mempunyai pandangan berbeza antara satu sama lain tapi kita masih boleh bekerjasama...Ini adalah kawasan Tan Sri Isa bekas MB jadi tak salah pada saya kalau MB skrang bagi jalan pada beliau untuk terus berkhidmat pada rakyatnya...Saya yakin dengan kebijaksanaan MB membuat pilihan...

Salam takziah sekali lagi & Selamat Berjuang pada rakan-rakan sekalian!

Saturday, August 8, 2009

Nordin Mat Top tewas???


Nordin Mat Top atau Nordin Mohammed Top yang merupakan org yang paling dikehendaki di Asia akhirnya tumpas dalam pertempuran dengan pihak polis Indonesia di Jawa Timur dalam kepungan selama 12 jam...Betul ke tak betul Nordin yang berjaya ditembak tidak dapat dipastikan cuma apa yang diharapkan takdalah orang yang tak bersalah turut menjadi mangsa...

Nordin ini bagi saya sangat bijak...Merupakan "mastermind" bagi kebanyakkan kes "suicide bombing " di Indonesia negara jiran.Mengikut rekod FBI jika benar Nordin dilahirkan pada 11 August 1968, Nordin cuma tinggal 3 hari sahaja lagi sebelum menyambut hari jadi ke 41...Al-Fatihah

Memang sgt kagum dengan kebolehan Nordin, melalui sumber Nordin merupakan orang yang plg ramai merekrut anggota baru Jemaah Islamiah (JI) Jadi tidak hairanlah kenapa FBI pun sgt takut dgn dier...Tp harus diingat sepandaipandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua...

Bayang kan kalo Nordin menggunakan kepandaian untuk membantu negara kita???Pasti negara Iran pun tunduk hormat ke atas kuasa baru Dunia...Hmmm, harap2 org yg telah direkrut Nordin dapat melihat perkara ini...Sebagai orang Islam jd ekstremis ni sebenarnya sgt merugikan,kerana kalo kita menggunakan semangat tue ke arah menjaga Agama, Bangsa dan Negara perjuangan tentu lebih murni dan lebih ramai org akan menghormati apa yang kita lakukan dan orang yang tidak berdosa juga tidak terlibat menjadi mangsa...

Al-Fatihah juga kepada rakan di Pahang yang baru kehilangan isteri,emak dan anak dalam kemalangan..Semoga roh mereka dicucuri rahmat...Amin..


Monday, May 11, 2009

Senarai Ketua Puteri, Exco Puteri Negeri baru

Senarai Ketua Puteri, Exco Puteri Negeri baru

11/05/2009 5:43pm

KUALA LUMPUR 11 Mei — Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin hari ini mengumumkan senarai Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Puteri Umno Negeri-negeri.

PERLIS:
Ketua : Asmaiza Ahmad (Ketua Puteri Umno Bahagian Padang Besar)
Naib Ketua : Huzaini Abdul Hamid (Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Kangar)

KEDAH
Ketua: Norashimah Md Nowar (Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Sik).
Naib Ketua: Maznah Yaakob (Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Langkawi)

KELANTAN
Ketua: Norwahida Patuan (Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Jeli)
Naib Ketua: Maznah Yaakob (Ketua Pergerakan Puteri Umno Kota Bharu)

TERENGGANU
Ketua: Arfalinda Anuar (Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Kemaman)
Naib Ketua: Aziahwati Abdullah (Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Dungun)

PULAU PINANG
Ketua: Nor Hafizah Othman (Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Tasik Gelugor)
Naib Ketua: Ida Meorni Zakaria(Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Bukit Gelugor)

PERAK
Ketua: Salbiah Mohamad (Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Gerik)
Naib Ketua: Rosniza Ismail (Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Ipoh Timur)

PAHANG
Ketua: Siti Azma Izah Adnan(Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Kuantan)
Naib Ketua: Norhayane Shahdan (Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Kuala Lipis)

SELANGOR
Ketua: Suhaila Datuk M. Zin (Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Kota Raja)
Naib Ketua: Adililza Mohd Abdan (Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Kelana Jaya)

WILAYAH PERSEKUTUAN
Ketua: Sarina Syarif (Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Cheras)
Naib Ketua: Huzry Fionnawatty Hussein (Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Segambut)

NEGERI SEMBILAN
Ketua: Norashikin Abdu Rahman (Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Rasah)
Naib Ketua: Nor Amalina Abdul Wahab (Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Tampin)

PENGERUSI PORTFOLIO BIRO-BIRO PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA Biro Politik: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Jawatankuasa Pengurusan dan Biro Antarabangsa: Shahnim Mohd Yusoff
Hal ehwal Pelajar Luar Negara / Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan: Nor Azita Abdul Rahman
Jawatankuasa Penubuhan Puteri Barisan Nasional: Dr Wan Norashikin Wan Nordin
Biro Penerangan dan Latihan: Nordiana Datuk Shafie
Jawatankuasa Latihan Sahsiah dan Unit Khas Pilihan Raya: Zauyah Zainuddin
Biro Keahlian dan Daftar Pemilih: Rina Harun / Isfarina Mohd Bali
Biro Pelajaran: Seriwani Sabtu
Biro Teknologi Maklumat dan Bacaan Sikap: Anita Murad / Azlinda Zubir
Biro Kebajikan dan Kesihatan: Fatimah @ Nik Fatimah Nik Salleh
Biro Belia dan Sukan: Wan Salwati Abdullah
Biro Kebudayaan dan Warisan: Zahida Zarik Khan

Biro Agama dan Pembangunan Sosial: Dg Maimunah Sidek
Biro Khidmat Bantuan Guaman: Idamoerni Zakaria
Biro Profesional Muda dan NGO: Hasruniza Hassan
Biro Pembangunan Usahawan dan Pemantapan Ekonomi: Nor Sabrina Mohd Noor
Biro Pembangunan Sumber Manusia: Fahariyah Md Nordin
Biro Sukarelawan dan Skuad Bantuan Bencana Alam: Jamilah Hanim Othman

Biro Hak Asasi dan Kemanusiaan: Norhamizah Mat Tahir
Biro Tugas-Tugas Khas: Wan Zawiyah Wan Halim

— BERNAMA


ader yang muke lama dilantik semula ni...cahaya harap yang dilantik semula walaupun kalah nie tunjukkan lah prestasi bukannyer sbb kawan dah pilih....yang baru....tak sabar kiter nak tgk prestasi setelah kiter yang pilih...

Wednesday, May 6, 2009

Senarai Nama Ketua Pemuda UMNO Negeri 2009

Senarai Ketua Pemuda Umno Negeri 2008-2011
  • Perlis � Mohsin Mohd Yusoff (Ketua Pemuda Padang Besar)
  • Kedah � Badrol Hisham Hashim (Ketua Pemuda Padang Terap)
  • Pulau Pinang � Norman Zahalan (Ketua Pemuda Bayan Baru)
  • Perak � Maslin Sham Razman (Ketua Pemuda Kuala Kangsar)
  • Selangor � Suhaimi Mohd Ghazali (Ketua Pemuda Sepang)
  • Wilayah Persekutuan � Rizalman Mokhtar (Ketua Pemuda Bandar Tun Razak)
  • Negeri Sembilan � Mohd Helmy Din (Ketua Pemuda Rasah)
  • Melaka � Karim Yaacob (Ketua Pemuda Bukit Katil)
  • Johor � Mohd Fadil Muskon (Ketua Pemuda Air Hitam)
  • Pahang � Abu Jimi Samat (Ketua Pemuda Lipis)
  • Terengganu � Saiful Bahri Baharuddin (Ketua Pemuda Marang)
  • Kelantan � Anuar Safian (Ketua Pemuda Kubang Kerian)
  • Sabah � Azman Ruslan (Ketua Pemuda Keningau)
-berita harian online

bila lah puteri nak umukan senarai ketua negeri baru...lagi cepat lagi bagus lg lambat umum lagi susah nak buat kerja.harap2 dapat diberi perhatian...

Tuesday, April 28, 2009

saham dan orang kita!

semalam secara rasmi nya saham asm telah dibuka kepada orang ramai..saham bukan bumiputera habis dijual hanya dalam masa 3 jam sahaja...yang jumlahnya 49%


kagum betul cahaya tgk org cina,di tempat cahaya pukul 8 lagi sewaktu pekerja bank pun belum sampai orang dah beratur nak beli...dlm suratkhabar plak kata,di separuh2 tempat ada yang sudah beratur semenjak pukul 4 pagi lagi...

isk,isk...bukanyye cahaya nie bersikap racist cuma kagum sgt jer ngan org cina yang betul2 pandai melaburkan duitnyer...tp yang sedih org melayu tak kelihatan pun,saham tuk bumi 51% tue tak tahulah berapa percent jer yang berusik..tp org kita byk dilihat di bukit bintang tgk bdk2 shuffle dan beratur nak dpt kan makanan free di times square..kesian!entah mereka ni tahu atau tidak pasal kewujudan saham yang ditawarkan pnb nie...

cahaya mmg dah ada account asb n asw nie,tp cahaya pasti ramai org kita yang belum ader...rebutlah peluang ini...anak kita seawal 6 bln sudah boleh layak untuk membuat account jadi kenapa kita nak bazirkan peluang ini??

cahaya ni bukannya org senang tp kalo cahaya nie berduit insya-Allah cahaya akan bantu pinjamkan duit tuk kwn2 dan saudara mara yang ingin melabur dalam asm...harap2 adalah org kita yang senang akan membantu org kita yang susah... amin!

Friday, April 24, 2009

Senarai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri 2009

Senarai penuh pengerusi perhubungan UMNO negeri

24/04/2009 7:48pm

KUALA LUMPUR 24 April – Berikut senarai penuh Pengerusi-pengerusi Perhubungan UMNO negeri-negeri sepertimana diumumkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.

Selangor - Datuk Seri Najib Razak

Wilayah Persekutuan - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Perak - Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir

Pulau Pinang - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Kedah - Datuk Seri Shafie Apdal

Perlis - Datuk Md. Isa Sabu

Kelantan - Datuk Mustapa Mohamed

Pahang - Datuk Seri Adnan Yaacob

Terengganu - Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Negeri Sembilan - Datuk Mohamad Hasan

Melaka - Datuk Seri Mohd. Ali Rustam

Johor - Datuk Abdul Ghani Othman

Sabah - Datuk Seri Musa Aman

- Utusan

terima kasih utusan!


wah...lega betul cahaya bila tok mat diumum menjadi pengerusi perhubungan semula.desas desus yang mengatakan MB N9 tidak akan dilantik semula betul2 buat cahaya dan rakan2 tak senang duduk..bukan aper,kerana pd cahaya susah nak cari pemimpin yang benar2 berbakat dan elok secara semulajadinya..harap2 s/u perhubungan dpt lah ditukar yer...sebab kredibiliti mb diragui hanyalah kerana seorang ini..salam perjuangan..

Wednesday, April 22, 2009

bersamamu tv3

hari ini cahaya terpanggil lah untuk menegur sedikit tentang stesen tv ternama,tv 3. Cahaya ni memang respect sgt dengan tv3 yang sentiasa menyediakan hiburan dan maklumat terkini serta sensasi cuma hari ni disebabkan satu laporan yang pada cahaya tidak tepat, cahaya rasa ada pihak yang perlu menegur agar kesilapan ini tidak terus berlaku.

Dalam rancangan bersamamu baru2 ini,ada dipaparkan kehidupan keluarga di daerah berhampiran daerah cahaya duduk nie..cahaya setuju lah yang keluarga tersebut memang susah,cuma apa yang cahaya tak setuju adalah cara tv3 ke sana seperti keluarga tersebut tidak ada pembelaan lansung sebelum ini.Mungkin pihak bersamamu tidak mendapat laporan yg tepat ataupun tidak mempunyai informer yg betul..

Tapi secara logik kalo pihak tv3 sendiri boleh lihat di sekitar daerah tersebut,boleh dikatakan tiada lansung penempatan yang begitu daif,malah kalo dibukakan mata lebih besar,mungkin dapat dilihat bahawa daerah tersebut antara daerah yang plg byk mempunyai rumah pprt atau mesra rakyat.Apa yang cahaya cuba nyatakan di sini adalah wakil rakyat kawasan tersebut menjalankan tugas,rakyatnya juga terbela..Pejabat wakil rakyat pun senang hendak didatangani penduduk sekitar..

Kembali pada cerita bersamamu td,cahaya bkn tak kenal org yg dipaparkan dlm episod tu, cuma pd cahaya buat apalah membantu org yg tak nak membantu diri sendiri...baru2 ini salah seorang anggota keluarga tersebut ada datang ke kedai teman cahaya,niatnya nak menunjukkan hp baru yang dibeli...siap cerita lg harga rm 1000 lebih...sebab teman cahaya ni memang tahu die berasal dr keluarga susah,teman cahaya pun tanya lah "mana dapat duit?"dengan tenang dia menjawab dari jabatan kebajikan masyarakat..sebenarnya byk lg cerita keluarga tersebut yang org sana tahu cuma tak nak mengaibkan org je...bagi pihak tv3,cahaya pun tak tahu salah saper tp pada pendapat cahaya kalo ke kawasan org,elok lah bagi salam dulu...dpt kan cerita dr penduduk akar..baru lah org pun puas hati,org yang menderma pun tak rasa "reluctant" sebab dpt membantu org yg benar2 memerlukan...